Sunday, May 31, 2009
myfreakinncomplicatedcolourfullife..
nama diberi fatihahnajwazainalabidin enambelastahun duapuluhtiga duabelas sembilanbelassembilanpuluhtiga sekolahmenengahteknikkualaselangorrr keadaan telah memaksa aku untuk membuat keputusan pindah sekolah dan tinggal di asrama tanpa memikirkan baikburuknya bagiku itu semua karutmarut sehingga aku mengenali setiap orang didalam dormku agak kepelikan aku memilih aliran pengajian kejuruteraan mekanikal ini kerana aku tidak tahu menahu tentangnya langsung aku memilih aliran ini tanpa mengkaji apakah itu kejuruteraan mekanikal aku hanya ingin melarikan diri daripada matapelajaran biology yang hanya membikinkan otakku kusut agak kepelikkan juga aku memilih aliran ini tetapi pilihan ku ini disokong oleh ahli keluarga ku mereka memberikan harapan yang amat besar kepadaku otakku yang sempit ini tidak dapat menggambarkan sesebuah lukisan itu dengan luas dalam mata pelajaran lukisan kejuruteraan sungguh aku kurang mahir dalam matapelajaran ini amat pilu hatiku kerana pada ujian yang lepas aku hanya mendapat markah yang sangat rendah dalam mata pelajaran itu sukar bagiku untuk memahami hati setiap pelajar sehinggakan aku sukar untuk menjadi diriku yang sebenarnya hanya air mata sering menemani bebanan dibahu semakin memberat ketika aku sedang berduka mereka sering memandang serong terhadap apa yang aku sering lakukan sukar untuk aku terbang bebas didalam ruang hidup aku sendiri kehidupan di asrama ini amat berbeza dengan apa yang aku gambarkan memang benar kata nisa asrama tak best tapi aku berkeras hati untuk pergi juga aku ingin lari dari kenyataan yang amat sukar untuk ku telan aku lari dari kehidupan realiti yang sebenarnya terjadi dalam hidupku aku hanya perlu bertahan selama setahun setengah untuk beterbangan bebas kembali adakah mereka masih mengingati aku selepas tempoh yang sangatsangat lama itu............
Labels:
karangan bm A1 :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment