Friday, August 10, 2012

MOVE ON PPL

Its not that hard. Nak kata aku tak faham situasi kau. Kau tak pernah lalui. Kau tak faham apa aku rasa. Itu semua bullshit. Aku lagi banyak problem dari kau, kau kata aku tak faham lagi? Kamon lah. Matang sikit boleh. Setakat benda macam ni, benda kecil macam ni kau nak kata aku tak faham susah lah. Benda aku dah ckp benda betul. Aku dah bagi solution. Tak nak dengar sudah. Jangan tanya aku. Nak dengar benda yang menyedapkan hati sahaja. Mana boleh bro. Ini realiti bukan fantasi. Kalau cubit pun rasa sakit. R-E-A-L-I-T-I! Read my lips. Dari sini aku dah boleh dah nak nilai. Kau datang dekat aku bila kau ada masalah. Bila aku ada masalah, memang kau orang terakhir aku nak carik. Ini bukan dendam ya puan-puan dan tuan-tuan, ini pilihan hati. Apa perasan anda jika anda berada di tempat saya? Bila nak kongsi cerita, dibalasnya "Malas aku nak dengar." Okay fine. Aku tak kisah, cuma tersentap sedikit sahaja, kerana aku masih lagi mempunyai kawan yang setia bersama aku susah senang. Ada pertalian darah ke tidak ke tidak menjadi persoalan bila berkaitan perasaan. Aku tahu kau dikategorikan sebagai kakak, dan aku sebagai adik. Sebagai adik aku perlu menghormati kau, dan sebagai saudara jugak aku perlu menghormati dirimu. Akan tetapi kematangan bukan diukur oleh usia wahai Adinda. Kau harus memperoleh kehormatan tersebut.

No comments: