Thursday, August 9, 2012

It's Been Awhile.

Hello fellas. Well I bet nobody is reading but who cares. I ain't writing to please anybody. Well here goes nothing. Sekarang dekat rumah sudah tiga bulan! Aku hanya duduk goyang kaki dan makan gaji buta. Aku ibarat orang bodoh yang tak punya ilmu tentang dunia. Di sebalik kebodohan aku, aku mempunyai seribu satu masalah yang memberi beban yang tidak terhingga. Tidak terdaya daku hendak memikul beban ini. Aku seorang manusia yang berjantikan perempuan, mempunyai hati yang sangat lembut (ewah), mempunyai personaliti yang agak menarik (serious k haha). Tapi aku masih tidak mampu untuk memiliki hati seorang jejaka yang telah mencuri hati aku kian lama dahulu. Aku suka, tapi aku tak mampu nak tunggu mimpi ini menjadi kenyataan suata ketika dahulu. Berbalik ke masa lampau.. Aku kenal dengan dia masa zaman aktif facebook, masa tuh aku baru sangat habis SPM, dia IM aku, mulalah coretan bodoh masa dulu. Haha. Coretan itu berakhir dengan pemberian number phone aku. Lama jugak aku berkomunikasi dengan dia di alam maya ni. Tapi apakan daya, aku hanya manusia lemah. Kami sudah berkenalan selama dua tahun. Tanpa ketemu. Ini menambahkan lagi beban dibahuku. Aku teringin sekali bertemu sama si jejaka yang telah menodai hatiku ini.. Tetapi, waktu tidak mengizinkan aku untuk ketemu bersama dia. Ini kerana kami terpisah diantara dua negeri.. Penuh cabaran serta rintangan, aku gagahkan kaki untuk tidak berganjak dari titik permulaan ini walaupun ribut, banjir melanda diri. Berbekalkan kasih sayang yang kian menipis, aku tidak lagi mampu memikul.. Aku tewas dek masa. Aku tewas dengan kehidupan realiti. Aku mula menjalankan hidup seperti biasa, tetapi kehadiran si jejaka kian membayangi hidup, aku tidak bisa melelapkan mata, aku pasrah.. Aku mula memurahkan diri memberi ruang kepada diri yang mendahagakan kasih sayang seorang lelaki, aku mula membuahkan rasa cinta terhadap seorang lelaki lain. Yang rupanya mengambil kesempatan terhadap diriku yang naif ini. Akhirnya, kisah kami berdua tidak tahan lama. Hidupku kembali kosong, kembali tidak bernafas, kembali gelap, si jejaka datang kembali, datang menemani hidupku yang sunyi sepi. Ibarat dia memiliki separuh jiwaku.. Pasang surut kehidupan, dia sentiasa ada disisi. Berlandaskan hints yang diberi, aku tidak mengharapkan apa-apa balasan, cuma yang aku harapkan perasaan cintaku dibalas suatu hari nanti. Meskipun aku tidak pernah bersua muka sama si jejaka, hati aku tetap kosong tanpa dia disisi. Tannpa perlu berbekalkan muka yang cantik dia masih ada disisi, tanpa berbekalkan gelak tawa hidupku bersinar dengan kehadirannya, tanpa perlu membuktikan apa-apa, aku tetap percaya padanya. Mungkinkan ini dikatakan cinta sejati?

No comments: